20 September 2013

Jangan Bersedih..

Baru-baru ni ada sorang kawan post dekat FB dia.. seminggu tu nampak sangat post2 diam cam frust dengan insan bergelar lelaki..kiranya dia ni pangkat adik2 jugak la..ermm masih muda dalam 21 tahun cenggitu laa..

Adik cakap dia kecewa sbb bf dia tinggalkan dia..maybe dah ada yang lain..ye la..org pompuan ni kalo dah sayang..tau2 saja la..kalo dah kecewa jgn cakap la..


saya nasihat kat dia..sebagai sorang kakak dan berpengalaman..saya cakap kat dia..ko mude lagi..ko kena teruskan hidup..kena terus pikirkan masa depan..bukan buang masa dgn lelaki2 yang tak guna tu..tak reti hargai keihlasan kita..org kalo betul2 ikhlas..setiap apa yang dia buat kita akan nampak ikhlas kerana Allah taala.. cuba perbaiki diri..mungkin dipihak kita ada jugak yang silap..sebenarnya Allah nak tunjukkan kita sesuatu..mungkin ada hikmahnya..lebih baik kita menangis hari ni dari kita menangis di masa akan datang..so bersyukur lah.. Dekatkan diri dengan Allah moga Allah temukan jodoh dengan org yang baik-baik..tak ensem tak apa..tak kaya tak apa..yg penting dia seorang yang beriman, taat,ikhlas dengan kita..yg lain2 tu perkara no 10..

Adik tu cam dah lega ckit bila saya nasihat dia..baru la dia terbuka mata ckit..saya harap semoga dia lega dengan luahan rasa dia dan nasihat2 yang saya bg..saya bukanlah kaunselor ke apa ke..saya belajar dari pengalaman..pengalaman akan mematangkan pemikiran..percayalah..


Mertua datang KL

Hari Malaysia baru-baru ni mertua I datang lepak2 kat rumah ..saja nak berjalan katanya sbb kebetulan dtg KL nak gi kenduri anak sedara masuk meminang katanya.. sebelum tu asben saya balik kg amik mak ngan abah datang sini..then dia nak pegi umah anak dia yang sulong kat Shah Alam tu..(kakak ipar) ..Hari Ahad baru la dorang datang berjimba2 di KL..

yelah kann...rumah saya tu kan adalah syurga idaman hahahaha..kalo nak datang..bawak sehelai sepinggang je..pastu pastikan bawak duit berkodi2..senang nak soping nanti..

Mak ngan abah datang dengan abg ipar dulu bawak sekali anak2 nye sbb mak ngan abah mertua nak melawat umah P.Ramlee kat setapak tu..kakak ipar ngan sorang lagi adik ipar dtg kemudian sebab nak setel kerja rumah dulu katanya..

maklumlah mertua nak datang umah..umah dikemas bagaikan menyambut orang yang baru pestaim nak datang..haha opkos la kan..saya nak jugak umah kelihatan bersih..Hari tu saya turun ke pasor beli lauk pauk untuk dimasak..geram ngan asben sebab bila saya suruh dia pegi beli..dok duduk2 lagi main ngan anak2 lagi..yang mak bapak dia nak datang..dia takpe la..kita ni la..kang cakap menantu malas masak plak kan hahaha boleh gitu??Last2 saya cakap biar saya turun pegi beli..senang..time kat dalam pasar tu baru memikir nak masak apa hahaha..

Dalam pasar..saya dah ada menu nak masak apa..beli ikan keli ngan ikan kembung utk dibakor..beli cili nagn tomato utk buat air asam pencicah ikan tu karang..pastu..jalan lagi..ape nak masak..sbb pikirkan org tua tanak nye makan lauk moden2 sgt..ayam dah beli semalam sekor..saya nak buat gulai ayam je nanti..pastu beli udang ngan petai..utk buat sambal udang petai je..naik je rumah siang apa yang patut..tanak nasik 2 periuk sbb takder periuk nasik yang besor..semua saya buat sorang sbb asben tolong jagakan anak2..

Pukul 11 lebih camtu mertua dah sampai..saya still sibuk kat dapor..sambil layan kejap2.. siap masak menu2 td..teringat ade pekasam beli kat kg hari tu..ikan darat mesti lah sedap kan.. goreng dua ekor ikan pekasam..letak cabai bawang plak..perghh tgk la kejap lagi dorang makan cemana hehehee...

Dah siap semua..kakak ipar pon dah sampai..siap dorang pegi soping2 lagi kat bawah.. siap berhidang makan kat bawah je sebab ramai kan..maklum la teratak saya tu kecik jer..tak muat nak makan atas meja..sonok tgk dorang makan..samapai meratah2 la..pastu yang syoknya abah mertua saya sampai menghirup kuah gulai ayam tu..yang kakak ipar plak calit2, isap2 jari bila cicah air asam buatan air tgn saya tu,,hahah sedap la kot...baru tau menantu ni masak sedap haha ..cam poyo jer kan..maybe tgh lapor ler tuh..pastu makan kelah ramai2 memang sedap..ikan pekasam tadi pon..tinggal kepala je..yang lain suma licin..kakak ipar siap tanya lagi ..ade pekasam lebih lg ke tak..dia nak sebungkus..mujur ada lebih..ada rezeki untuk dia..

lepas makan tu dorang rehat semayang kejap apa sume..then nak balik dah sebab nak gi shopping kat bawah lagi..sbb mak mertua nak beli pemanggang ajaib tu..asik menyebut je..kat mana kedai Menang Glassware. Kimie ngan baba dia pon turun jugak bawak atok ngan opah soping..pastu terus la dorang balik..

ikan pekasam goreng

kari ayam

Sambal udang Petai

Kembung Bakar

Keli Bakar

Air Asam


Sapa nak resepi bleh pm...hehe

19 September 2013

Happy Birthday Kimie ke 3 tahun.

Pada 15 September 2013 ada besday Kimie yang ke 3 tahun..sekejap je rasanya dah 3 taun anak teruna sulung saya tuh.. Semakin hari semakin banyak akal dan ragam yang dia tunjukkan..kadang ibu ngan baba rase tak sabor je bila dia buat perangai macam tu..kadang sakit perut bile dia asyik buat lawak jer..dah ada anak cenggitu la kan..mak kite bela kita agaknya lagi teruk kot haha..rasakann..



Malam tu kami celebrate birthday dia kat umah kakak ipar kat Shah Alam..saya sempat buat bihun goreng ngan dadih jer..dadih tu baba yang buatkan..asben saya mmg excited kalo wat2 desert nih..Kimie paling sonok sekali dia la yang susun dadih2 tu dalam peti untuk disejukkan..takder beli kek2..cuma Mak Yong kimie sponsor pizza jer..Alhamdulillahh...ada jugak rezeki untuk dia nak sambut besday..

*pic gugel*

*pic gugel*


Bebudak ni..sesekali kita kena sambut besday dia bukan ape..dia akan rasa dihargai..betapa sonoknye bila ibu buatkan makan2 jemput kawan..dia akan rasa excited walaupon takde hadiah dan takde kek..memadai menghargai dia..bebudak kan..kawan2 lain ade mak bapak sambut besday pastu bercerita..yang anak kita tak penah buat..mesti la dia sedih..kalo kite yang tua2 ni ok la tak payah sambut2 beria sangat..

Hepi besday buat anak ibu..semoga jadi anak yang soleh, bijak, dan jadi org yang berguna pada bangsa agama dan negara..aminnn..

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 50 tahun

Assalamualaikum..

Agak bz ckit minggu ni..so tak dapat la nak update blog sangat hehe.. Owh ya Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16hb baru-baru ni.. anyway korang tau ke pasal cemana terbentuknya Malaysia ni dan cemana bleh diadakan hari Malaysia ni? Ok..yang saya tau adanya suruhanjaya Cobbold apa suma tu diadakan untuk meninjau pandangan peduduk negeri-negeri di Borneo utara tentang Gagasan Malaysia. 

Ok meh kita tgk..yang saya search dalam blog2 lain..



"Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha" .

Kredit to page Arkib.. Sekian wassalam..haha



11 September 2013

Mandi-manda di Teluk Kemang, Port Dickson

Hari cuti baru ni 8/9/2013 saja nak bawak anak2 mandi laut..yer laa..bebudak ni duduk tgh bandor..mane la nak nampak laut..nak bawak pegi mandi kat Desa Water Park ke..Sunway Lagoon ker..takut gak bila terkenangkan kes kencing tikus tu..

Sonok Kimie bila dapat tgk pantai..baba siap belikan dia swimming suite mandi lagi.. adik plak duduk je ngan ibu kat bawah payung sebab ibu malas mandi laut ni..susah nak salin menyalin ape bagai..

Kami pegi dekat pukul 10pg dah dengan hanya berbekalkan sandwich n nuggets jer..tu pon dah kenyang..berendam lebih kurang sejam..pukul 2ptg balik la..singgah plak makan tengahri dekat Restoren D'Limau Nipis dekat Bangin..lama dah tak pegi situ..dulu sedap air limau special tu..skrang dah tak sedap mana..pukul 6 sampai rumah..ptg tu ujan..mujur masa mandi tak hujan..











maap ler kelabu2 kamera nset cap ayam saye..hihihi

Sambutan hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Yang ke 56 Kompleks C, Putrajaya

Salam 1 Malaysia..ceewahh..

Isnin baru-baru ni 9/9/2013 telah berlangsungnye program seperti yang tersebut diatas.. Rasa beruntung sebab terpilih untuk ahli kumpulan koir Kompleks C ni.. ye laa..bukan semua orang boleh menyanyi kan..saya syukur dengan anugerah yang Allah beri ni..sekurang-kurangnya dapat menyumbangkan sesuatu kepada jabatan walaupun tak la besar mana..tetapi memberi impact kalo kata kami tak wakilkan jabatan kami..mesti malu besar pada jabatan kan..





ni jer gambar2 yang saya sempat amik dengan nset murah saya tuuu

09 September 2013

Oh! Suami ku


Artikel ni saya share dari sorang rakan FB..dan saya tagged pada suami..ada yang cakap "huiii brutalnya bahasa dengan suami" "untung laa bleh wa, lu dengan asben"

Saya sebenarnya bukan lah seorang yang romantik begitu jugak dengan asben saya.. bagi kami tak perlu lah nak seru panggilan yang meleleh2 telinga orang dengar..bukan semua orang suka kita bersayang2 kat FB nih..ada org yang suka ada orang yang meluat..lagi2 kalo org tu memang dah meluat dengan kita..apa2 yang kita post pon jd meluat..btol tak? harap2 takder la yang meluat dengan saya hahaha..kalo ada pon lantak la..saya tak ganggu kehidupan dia.

Kami suami isteri memang cenggini.. asalkan kami tahu batas hormat antara satu sama lain.. bagi orang yang tak paham dan tak kenal kareter kami laki bini akan cakap..saya macam kurang ajar dengan suami..tu blom korang tgk cara kami bergurau..haha..siap bleh main kepit kepala kat ketiak lagi..bagi kami ..kami selesa macam ni..kalo ada benda yang tak puas hati cakap terus terang..saya kenal suami saya..walopun dia tak romantik mana..dari kami bercinta lagi pon..siyes cakap saya tak pernah dapat kad besday ke, bunga sejambak ke, hadiah2 ke, celebrate besday saya ke..lagipon saya jenis tak kisah.. ya..mmg btol setiap pompuan nak kan semua tu..rasa dihargai..tapi dah lama2 dah paham perangai dia. Kalo ikutkan dalam artikel atas tu..ada la sikit walopun tak semua..

Kalo nak saya citerkan sebelum kitorang bertunang dulu pon..dia ni bukanlah seorang yang suka report apa yang dia buat sehari2..setengah pasangan kekasih suka kan nak report 24jam..euwww rimas lerr.. haha..lagi2 kalo dia dah tido..dah tak heran bom tepi telinga pon dia tak kesah dah haha..itulah suami saya..pernah sampai saya suh kawan dia pegi jenguk kat rumah sewa dia masa tu..ye la..kita baru jer dalam proses kenal mengenal mana nak tau dia perangai macam tu kan..rupanya baru la tau..kalo dah tido mmg dia takkan angkat tepon..kalo dia sedar pon..dia tgk nama yang naik kat screen tepon tu sape..dia angkat nama org2 yang penting je dalam hidup dia..tp masa tu awek tak berapa nak penting sangat so tak angkat call lah kan..tapi..tipu lah kan kalo mana2 isteri yang tak suka disuprisekan..sesekali suprisekanlah isteri anda..

05 September 2013

Koir

Semalam nama terpilih untuk kumpulan koir bersama jabatan2 sekitar parcel C nih..sumenye 5 orang setiap jabatan ..mmg sonok la dapat berlatih sebab yang pegi tu sume yang tentunya dah pandai dan faham pasal koir..senang keje cikgu Roy tu nak ajar..

Orangnye giler klakor..tergelak2 saya sepanjang dia ajar..patut la bebudak opis yang gi kursus dia baru ni cakap dia sonok..ok laa ada perubahan pada group koir pejabat saya nih..nampak sikit mantap dan berilmu.

Berkoir dengan orang JPA mmg la sonok sbb dorang dah terrer..ada plak Azian Mazuan Saffuan..korang kenal ke dia? dia la penyanyi era awal 90an camtu la..lagu popular dia Rumah Kecil Tiang Seribu.. sekarang dia dah jd penjawat amam dan bertugas di JPA so dapat la menyanyi sama2 ngan dia..

Kitorang kena koir ni sbb Parcel C nak adakan Majlis Kibarkan Jalur Gemilang hari isnin depan 9hb nanti.. so waraga2 komples ni akan berarak dan kibarkan jalur gemilang..haha bagus kan KPPA skrg ni..suma program nak libatkan 1 kompleks..so tanak buat sorang2..bagus ler macam tu.

02 September 2013

Open House

Minggu lepas..seminggu deret dapat jemputan open house..makan sesaja..aiiii gemuk la pasnih..nak kurus kemain susah nak turun berat..kena posa sebulan baru nampak perubahan..tu pon dah seronok giler bila pegi klinik baru-baru ni pegi timbang..berat dah turun dalm 7-8kg dari berat sebelum puasa..mau tak syok?? pakai suar jean pon mengelabang je siap bleh kipas2 lagi..hahaha

Dari minggu lepas stat jamuan raya SPR,sebelum tu di unit penyelidikan, pastu jamuan unit saya..pastu hari Jumaat jamuan di Unit kewangan,Pentadbiran, dengan Operasi sekali..semuanya menu yang sama lebih kurang jer..

minggu ni dah kurang dah org wat open house..tu pon ada lagi jemputan dari unit VIP wing sebelah sana..so makan je seadanya..hari minggu sabtu baru ni pegi open house rumah sepupu kat Sg Buloh kebetulan wat besday anak dia sekali..

Lepas ni kita pakat2 kontrol makan plak..nak try diet tanpa makan pil2 kurus, susu2 kurus ke apa ke..kita diet secara sihat..

Ni pic masa open house kat umah sepupu

ini plak open haouse SPR


Masakkan rendang utk open house unit

antara juadah yang ada




meraikan En.rajesh yang telah bertukar jabatan

Semput !!

Assalamualaikum..

Hari ni saya rasa segala otot2 saya semuanya longgar..kenapa?? semuanya gara2 blackout pagi tadi..mujur dah siap semua..tgh pakai bedak plak tu ..mmg tak sempat nak mekap la..mujur nak dekat pukul 7 dah baru nak blackout..kalo pukul 5 pg td..alamatnya tak pegi keje la saya..

Kalo karan takde mesti la lift pon tak bleh naik..arghhhh.. dah la nak antar Aryan dulu.. naik ler bawak dia sampai ke tingkat 15 ..dah 5 tingkat naik ke atas.. pastu turun plak nak gi keje dari tngkat 15 sampai bawah..

sampai2 je bawah rasa kaki mengeletor jer..hahah tobat rasa nak terjelepok.. dah rasa cam org parkinson pon ada..memang terketar2..setakat turun naik 5 tingkat turun 5 tingkat atau tgkat ke 8 ke bleh gagah lagi..ni dekat 20 tingkat ..perghhh memang rasa bermandikan peluh la..pastu plak dan2 rasa cargas..hahaha..

memang ler elok turun naik tangga kalori badan dibakar...tp kalo dah dekat 20 tingkat hari2 mau kurus mak naaakk hahaha.. bukan ape satu hal lagi..risau stock susu kat umah bs tu cair..takut rosak jer..sian Aryan nak minum apa..takkan nak minum air masak lak kan..tadi jiran bgtau kat fb pukul 10 dah ada karan..ownn nasib baik..

Commercial Break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...