21 March 2012

LAWATAN AMAL KE KEM MODAL INSAN KEWAJA, GOMBAK

Assalamualaikum kawan2 sume..dah lama agaknya saya tak update blog nih..dah banyak sawang nak kena bersihkan nih..hehe...

Cerita kali ni yang saya nak share ngan kawan-kawan sume..baru-baru ni 13/3/2012 Puspanita SPR buat lawatan ke Kem Modal Insan KEWAJA.. ape KOWAJA?? bukaan tu Koperasi ini..K E W A J A maksudnya KEBAHAGIAAN WANITA DAN REMAJA.. tempat ni adalah satu tempat perlindungan bg wanita dan remaja yang terlanjur, mangsa rogol, sosial dan lain2 lagi.. 

PElatih2 ada di sebalik pintu pagar tu

Ketibaan ahli Puspanita SPR

jd mcee plak hari tu


Persepsi pertama mula2 sebelum saya menjejakkan kaki ke situ..saya tak boleh bayangkan pada mereka-mereka yang menghadapi masalah itu ..ye laa..tidak bersuami mengandung pulak tu..memang kesian..dalam fikiran jugak..apa reaksi diorang terhadap kami..harap2 tak fikir yang bukan-bukan..kami datang hanyalah ingin membantu insan2 yang tidak berdosa..lagi2 mereka bakal melahirkan insan2 kecil yang tidak tahu dosa.. 

Ustazah Rosiah di jemput khas

Beginilah cara kami duduk berhadapan diorang


tapi..alhamdulillahh..ketibaan kami di sambut dengan cerianya oleh staff dan pengasas Rumah KEWAJA Encik Yahya dan Pn.Ruzitah..Kami menjemput seorang ustazah dalam pengisian lawatan kami..Ustazah Rosiah dijemput untuk memberikan ceramah kepada kami dan pelatih2 KEWAJA tersebut.

Kali pertama pandang pada mereka ini..hati mula tersentuh..ya Allahh..kesiannya..kita yang mengandung ada suami ni pun..tak larat nak berjalan..tp masih lagi dapat belaian suami..melayan karenah nak makan macam2..menjaga kandungan dengan sebaik mungkin..makan itu dan ini untuk kesihatan bayi dalam kandungan,...tapi kesian pada diorang dah la mengandung sorang- sorang..takde orang nak melayan karenah nak makan macam2..lagi2 membawa perut dalam keadaan tidak redho..tapi apakan daya..sudah terjadi..tapi ini tak bermakna dorang tu tidak mendapat keampunan dari Allah..malah Allah buka peluang kembali ke pangkal jalan..

Ada beza pakai baju pink dan hijau tu.. ( pink-  mengandung/ hijau - sosial dan mengandung)

Mujur juga En.Yahya dan Pn Ruzita membuka rumah perlindungan ini..harap-harap tiada lagi pembuangan bayi di sana sini..menurut En. Yahya juga..mereka yang terlibat ini bukanlah dari kalangan org2 yang tidak bijak..malah semua Universiti ada wakilnya di situ..tapi apakan daya..bila keseronokkan menguasai diri..menurut En.Yahya lagi..ada yang datang dengan rela hati, ada yang datang ibu bapa yang hantar. Semua pelatih di situ perlu tinggal selama 3 bulan atau sehingga bersalin kerana harus mengikuti modul2 yang telah disediakan. Tapi ada pelatih yang telah menjadi sukarelawan kerana sayang nak tinggalkan tempat tu.

nilah pengasasnye..

agihan goodies untuk para pelatih



Kami juga di bawa beramah mesra dengan pelatih2 ini..Alhamdulillah diorang ramah-ramah jugak..yang sedihnya bila pelatih2 ini menyanyikan lagu tema KEWAJA ini..memang menusuk kalbu..ada pelatih yang setiap kali menyanyikan lagu ini air mata pasti menitik..mengimbau dosa-dosa silam..Pelakon Shiela Rusly ada buat drama di KEWAJA ni..kalo nak tgk..korang bleh taip AMPUNKAN DAKU. 

Datin serahkan saguhati pada ustazah 

Rupanya pada hari kami melawat tu ada 2 orang baby ..dua2nya lelai..sorang baru 5 hari..sorang lagi dah 2 bulan.. bila kita dukung baby ni..kita tak pikir dah dia tu anak sapa sebenarnya..malah baby tu suci..dan tak berdosa pon..comel2 plak tu..baby yang lahir ni kebanyakan nye bg pada keluarga angkat untuk jaga..KEWAJA jaga semuanya dari bersalin, berpantang sampaikan mengurut pon dihantar ke rumah urut. yang sedihnya itu lah..diorang nak jaga sendiri mana mampu..suami takde..keje takder..kalo mak bapak sanggup bela cucu tu..alhamdulillah..tp kalo sebaliknya..keluarga angkat la ambik. 


masih dalam pantang..

beramah mesra bersama pelatih



Pn.Ruzita cerita org luar banyak salah ertikan niat dia suami isteri..cumalah untuk menolong insan2 ini..tapi ada yang buat cerita mereka ini mengaut keuntungan dari hasil yuran2 yang dikenakan untuk mengambil anak angkat. Kos yang diperlukan untuk mengambil anak angkat yg dipahamkan ialah RM3500 ini adalah kos yang perlu di bayar balik sebenarnya (kos rawatan bersalin di hospital swasta, kos utk anak, dan kos dalam berpantang, dan kos sampingan yang lain seperti pengakuan sumpah dan lain-lain lagi)


comel baby ni


pandanglah dengan penuh keinsafan..semoga kita juga dihindarkan dari perkara2 yang tidak elok..





nak jugak tuh..bergambar kenangan



Selesai makan tengahari bersama..bersiap2 nak balik dan bersalam-salaman dengan diorang semua..perasaan sedih, sebak pon ada sebab memikirkan dorang yang tak bernasib baik..tapi insyallahh ada yang masih sayang..

5 comments:

Unknown said...

salam.saya merupakan bekas penghuni di kewaja.memang benar kewaja tidak mewajibkan bayaran kepada yang tidak mampu.cuma bakal keluarga angkat yang kena bayar bagi caj2 hospital dan penginapan penghuni disitu.yang menjadi persoalan utamanya kenapa pihak kewaja tidak membenarkan ibu2 ni untuk melihat anak2 mereka.kami seorang ibu yang punyai hati dan perasaan.setelah anak diserahkan kepada keluarga angkat kami dah x dapat nak tengok anak kami.sebarang maklumat mengenai keluarga angkat pun kami tak boleh dapatkan dengan memberi seribu alasan.saya tidak nafikan ada penghuni yang masih dapat tahu keadaan anak mereka n boleh jumpa dengan mereka itupun kerana mereka baik dengan pihak pengurusan ora penjaga di KEWAJA maka dengan itu mereka masih berkesempatan berbuat demikian.tapi bagaimana pula dengan nasib penghuni yang lain?mereka still rindukan anak mereka.kami minta jasa baik semua pihak jangan menafikan hak kami sebagai seorang ibu.

Shefy alehandra hirres said...

kak , baby baju biru yg akak pegang itu adalah baby saya . hingga sekarang sy tidak tahu dimana keberadaan nya .. saya sangat merindui baby saya . hanya allah yng tahu apa saya dan rakan2 lain rasakan .

Shefy alehandra hirres said...

kak

hasleenda said...

hajah Aishah : Yeke kak..saya pon tak tau prosedur di situ..ehh patutnya kena la bgtau maklumat keluarga angkat..kita sebagai ibu mesti rindukan anak yang kita kandungkan selama 9 bulan tu..at least kita tau anak kita ada dengan siapa, ada di mana..sekali pon tak boleh berjumpa..dapat tgk gambar pon dah terubat rasa rindu.sabar lah kak..

hasleenda said...

Shefy : Yeke tu baby awak.. mmg sgt comel..lepas awak kuar dari KEWAJA tu dah tak contact ke dengan umi tanya kat mana baby tu sekarang..mesti dah besar..kalo ikutkan nak dekat 2 taun dah baby tu..sabarlah..berdoa pada Allah semoga ditemukan dengan anak awak..

Commercial Break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...