Agak bz ckit minggu ni..so tak dapat la nak update blog sangat hehe.. Owh ya Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16hb baru-baru ni.. anyway korang tau ke pasal cemana terbentuknya Malaysia ni dan cemana bleh diadakan hari Malaysia ni? Ok..yang saya tau adanya suruhanjaya Cobbold apa suma tu diadakan untuk meninjau pandangan peduduk negeri-negeri di Borneo utara tentang Gagasan Malaysia.
Ok meh kita tgk..yang saya search dalam blog2 lain..
"Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri
Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah
menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam
satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu
diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara
yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah
berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan
peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan
untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan
mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan
Sarawak.Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu
dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald
Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk
Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu
terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli
Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota
perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga
dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk
membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama
diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember
1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan
di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa
bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya
dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap
gagasan Malaysia Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi
beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan
dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu
dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang
dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat
dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai
agama Islam diterima sebagai agama rasmi.Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah
bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini
dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan
Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah
untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan
Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang
ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England,
ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin
Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony
Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris
bertindak selaku Setiausaha" .
Kredit to page Arkib.. Sekian wassalam..haha
No comments:
Post a Comment