10 February 2010

Balik kampung di Sungai Petani

Baru- baru ni aku ada balik kampung..saja bercuti panjang. Lepas kawen ni la kali pertama aku balik kampung bersama suami terchenta...ceewah..

balik kg biasa la..jalan2 pusing2 kg tu dah biasa..gi Tanjung Dawai adalah satu kemestian hehehe..tp kalau balik kg jer aku mesti lepak kat gerai mak aku..sambil tolong2 meniaga..


ni nama dia lepat ubi

ni lak lepat pisang

ni la karipap pusing pemes mak aku..


cucoq badak...huhu sedap wehhh


cucoq pisang..



sapa nak makan kuih2 nih ..pi la gerai mak aku yang terletak di simpang empat titi sg semeling, merbok.

RESEPI AGAR-AGAR PANDAN

Assalamualaikum..huihhh lamanya saya tak update blog nih..takdak masa la kawan2..kali ni apa yang nak saya kongsikan arr? okeh apa kata kita masak2 nak?kali ni simple jer..kita wat agar pandan..okeh mula2..sila rujuk pada gambar cara2 membuatnya..1st thing 1st..korang mesti ade

1. Daun pandan 5 helai
2. Telur 2 bijik
3. Agar-agar sepeket
4. Santan secawan ( ikut la nak lemak lebih..lebihkan la)
5. Gula ( sape suka manis..lebihkan la gula dalam 3-4 senduk)
6. Garam secubit

1. Mula2 sekali potong daun pandan anggaran dalam 5 helai daun pandan.

2. masukkan pandan dalam blender then korang blender la..





3. dah siap blend korang masukkan dalam bekas dan letak tepi dulu.




4. Sementara tu korang masak agar jangan letak air lebih atau kurang..kalo sepeket agar2 tu lebih kurang 2 cawan setengah je airnye..agar2 tu mestilah betul2 dah cair kacau sehingga takder ketul2 lagi dah


5. pastuh korang pukul 2 bijik telur sampai kembang

6. haaa..macam ni tau..



7. ni pulak perahan pandan yang telah di blender td..korang tapis dan amik airnya.. Pati air pandan ni tak payah tambah2 air lagi dah..pakai air yang kita blend td.

8. pastuh korang campurkan santan ..ikut suka la nak lemak cemane kan..terpulang pada korang dan masukkan telur yang korang pukul tadi dalam ni dan masukkan sedikit garam nak lemakkan rasa..




9. pastuh masukkan perkara no.8 td kedalam periuk berisi agar2 yang ada kat atas dapur tuh jangan lupa..kecilkan apinye then  kacau sehingga sebati..



10. Masukkan gula secukup rasa..



11. dah siap tutup api then korang tuangkan dalam bekas



12. biarkan sampai sejuk..pastuh siap utk dimakan..




SELAMAT MENCUBA !!! :)











Commercial Break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...