25/2/2011 Hari bermula la segala tenaga akan dikerahkan..nak face to face dengan macam2 orang dan pelbagai lagi masalah kemungkinan yang akan dihadapi..bermula seawal pagi..orang ramai kat sana dah berpusu2 datang membanjiri dataran Syahbandar..dulu2 masa saya blaja kat sana tapak tu tempat bas2 ekspress berkumpul..hehe teringat nostalgia bila nak balik kampung..naik prebet sapu, bas kuning..yang tulis BAS SEKOLAH tu..tu la pengangkutan yang saya naik mase blaja sana dulu..
Booth kitorang bersebelahan dengan booth Buletin Utama..memang ramai la orang bertandang situ sebab nak tengok penyampai berita secara real..lagi2 plak Nik Maihan mmg orang tganu..pelik plak bila dia cakap bahasa ibunda dia sendiri..hehe..yela selalu kita tgk dlm tv dia cakap loghat Key ell..jadinye orang kampung dia lebih dekat sebab senang dengan bahasa sendiri..
Timb. Pengarah PPN Terengganu dengan wartawan Aduan Rakyat
Orang ramai datang booth kitorang..hoh..memang best arr..tak payah panggil orang datang sendiri..tapi ada yang jenis takut2 dan malu2 jugak la.. tapi dah ada yang jemput dan panggil dorang pegi mendaftarkan diri sebagai pengundi, ada yang buat semakan, ada yang buat pertukaran pusat mengundi baru..datang tengok pameran..
Lepas semayang Jumaat je..lagi ramai orang dari segala pelusuk Terengganu datang..mane tau semua nih? sebab bila dorang datang wat semakan je..kitorang bleh tau berdasarkan IC yang dorang bagi tu..ada yang datang dari KL, Pahang dan macam2 lagi la..
Bagi hadiah kepada peserta kuiz
Orang ramai membuat semakan di kaunter semakan
Teh Syuhada baru nak wat semakan dan baru nak mendaftar..hehe
Bila malam jer..suasana di jalan depan Dataran Syahbandar tu memang macam downtown pon ada..macam2 dorang jual..pakat bersila habih orang kampung nengokkan barang2 yang dijual..Gerai makan, kedai runcit yang memang tutup pada hari Jumaat pon beroperasi 24 jam tanpa henti..tapi ada jugak yang amik kesempatan menaikkan harga ..saya ada beli air yang dalam cup tu biasanya singgit jer..kat KL pon singgit jer..tapi kat sana..dibantainye letak harga 2 hengget..disebabkan nak membasahkan tekak..beli jugak la..banyak ais jer dari air..huh..
Bersama Teh Syuhada wartawan 999
with my bos Puan Hartini
Kitorang bertugas bergilir2 dengan pej PPN sampai la ke malam..memang meletihkan dan seronok sangat bila dapat pengalaman baru macam tu..berhadapan dengan macam2 ragam, dan masalah yang dihadapi..jadi sedikit sebanyak dapat kita handle untuk next event yang besar2 macam tu.
orang ramai sampai ke malam
Hari kedua 26/2/2011 nampak cam tak ramai orang tmungkin dorang nak datang konsert la kot pada sebelah malam tu..sangkan saya bendar belaka..malam tu memang ramai la..kitorang still kat booth lagi..dah letih benor rasenye..
Penyambut tetamu..haha
Orang TV3 pon kene keje jugak..tarik org ramai ke booth kami
Bersama Aidi Marcelo
Pengarah PPN Terengganu
Bergambar kenangan dengan semua petugas pada hari ke 2
27/02/2011 siap2 kemas nak bertolak balik dah..tapi tak habis lagi kejenye..lepas tu kena pegi Muzium Losong plak sebab nak cari bahan untuk Muzium Mini SPR lak..lepas tu sempat pegi Losong beli keropok sikit then terus la bertolak balik..sampai KL dalam pukul 9 malam camtu laa..
No comments:
Post a Comment