20 October 2011

Saya dah tau jawapan..kenapa orang kat China selfish tanak tolong budak yang kena langgar hari tu..

Erm...sedih kan dengar cerita budak yang mati kena langgar kat China tanpa sorang pon amik peduli..18 orang lalu wat tak tau..Kita kat Malaysia ni mungkin di seluruh dunia mengutuk kejadian tersebut..dunia semakin kejam..ermm...sedih bila budak kene langgar tu terkulai layu tanpa pertolongan sesiapa..Siapa harus disalahkan dalam hal ni? 

1- Mak bapak budak ni
2- Pemandu Van
3- Orang yang lalu lalang

apa yang boleh dikatakan..hanyalah takdir yang menentukan.. Ramai org sharekan video ni kat Fb, Twitter dan semua di media cetak dan elektronik


Tao yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."
Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Moh kite baca apa yang dia kata :


"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer..siap langkah lagi..tapi ade makcik cleaner yang rasa kesian alihkan budak tu ketepi..tapi..makcik tu pon cam takot2 nak alih..

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

Radio  pon buat topik pasal ni...apa lagi..memang hot la kan..

tak sanggup nak tgk pic ni..

Sekarang Tao nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang yang sakit kat tengah jalan ke, budak jatuh beskal ke, orang kena pukul ke..
Tolong jangan TOLONG!..Kenapa??
PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, Korang nak tolong orang sakit tengah jalan tu..kene plak orang tu ade patah2 ke, maka korang yang kena tanggungjawab sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...
Ataupun korang akan disaman oleh ahli keluarga orang  tu sbb korang lah penyebab die sakit. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diekena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...Giler kan dorang kat sana..Kalo camni la keadaannya..patutla Allah turunkan bala yang banyak kat negara dorang kan? nauzubillahi min zalik..

So beringatlah kalo datang ke China..korang jangan bermurah hati ..itu pesan Tao kalo kite pegi sana..Manusia sekarang dah kejam..hishh 


No comments:

Commercial Break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...