04 September 2009

Mengimbau Kenangan...


Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah..tercatat pada tarikh 10 Julai 2005 terima jugak aku segulung diploma dalam bidang Pengajian Islam, Sejarah dan Tamadun Islam..pelbagai dugaan telah aku tempuhi sepanjang aku bergelar student. Aku belajar di KUSZA dan sekarang ni dikenali sebagai UDM..sebagai seorang insan yang kerdil ini kita tak lari dari kehendak qada’ dan qadar Allah..

Aku berterima kasih kepada semua yang menyokong hidup aku selama ini untuk teruskan kehidupan walaupun sayap aku telah patah..aku terpaksa memikul tanggungjawab yang berat selepas kehendak Illahi yang telah mengembalikan arwah abah aku ke Rahmatullah..

Sedikit terkilan apabila keseronokan yang dicipta telah diragut..berangan-angan nak kesana kesini dengan arwah..tapi apakan daya tidak kesampaian…dengan semangat itu jugalah aku menguatkan azam..untuk meneruskan pengajian hingga ke akhirnya…

Begitulah dengan berkat doa dah usaha serta dorongan yang tidak henti-henti..akhirnya aku berjaya jua..walaupun terpaksa berhempas pulas semuanya demi keluarga dan cita-cita..
Mungkin ada hikmahnya aku tidak sempat melihat arwah ketika kejadian..dan aku juga tidak sempat melihat jenazah arwah abah..terasa berdosa sekali..tapi Allah lebih sayangkan abah..tidak mengapalah..yang meninggal biarkan pergi..yang terus hidup..teruskan hidup.

Aku teringat lagi semasa kejadian..aku berhempas pulas dengan final exam..tiba-tiba aku mendapat panggilan yang mengatakan abah sudah meninggal ..bagaikan kilat memanah diri..aku bayangkan kalau aku ada semasa kejadian..mungkin kena extend,mungkin sakit jiwa..Allah sahaja yang mengetahui ..inilah dikatakan hikmah..kematian yang dialami bukanlah kematian biasa..ajalnya di belakang rumah sendiri..meninggal dihempap pokok tua sebesar pemeluk dewasa..korang bayangkan mak aku time tuh..meraung sampai nak bercakap pon dah tatau nak kata apa..Arwah dijumpai dalam keadaan sujud dan jenazahnya terpelihara..sampai terpaksa minta bantuan bomba untuk mengangkat pokok yang menghempap badannya...nauzubillahi min zalik.

Setelah selesai menguruskan jenazah..aku masih berada di terengganu ..arwah terpaksa dikebumikan malam itu juga..mak aku call bgtau arwah terpaksa dikebumikan cepat sebab darahnya berterusan mengalir..aku redha jer la..aku cakap kat mak aku..simpan jer la..kalo nak tunggu aku sampai ..nnti menyiksa jenazah pulak..

sesampai aku kat rumah pada jam 5.00 pagi..semua org tunggu2 aku..meraung dan kesiankan aku yang tak sempat tgk jenazah arwah..aku redha segala ketentuan..terjelepok aku di tepi mak aku..sedih memang sedih..aku kena kuatkan semangat bila aku tgk mak aku, adik2 aku..dorang sume kecik lagi ..sekolah lagi semuanya..

Ni gambar arwah abah aku...

Kini telah lima tahun berlalu dan aku pon dah keje kat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Putrajaya..aku sangat-sangat berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantu, menyokong aku dari belakang..tanpa mereka aku mungkin kecundang di tengah jalan..terima kasih banyak-banyak.
Jasa semua aku kenang hingga akhir hayat…dalam blogs nie aku just nak berkongsi cerita....jgn yang baca nie ada yang menangis pulak…aku sekadar mengimbau kembali kenangan yang lalu…:)

3 comments:

Lela Madrih said...

well..everything was fated by Allah..it was not our will and beyond our power...let past by pass..just do the best for your family and people around you..by the name of Allah..you will get the positive feedback from your surrounding..Amin

Cikgu Yus said...

lin, k.yoni kenal sgt2 aruah.mmg one of kwn baik abah k.yoni nie.geng buat cucuq juai nie.. al=fatihah utk aruah.semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.. nak plak, hsband akak, br cerita psai kisah aruah. sabar dan redha aje lah ya..

hasleenda said...

wohh kak yoni dah tanya abah kak yoni ker? husband akak pon kenai ngan abah lin gak ker? suma ni dah ketentuan Allahh..apa bleh buat..

Commercial Break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...