30 December 2010

Video Miming Cikgu Shida

Tadi berblogwalking ke satu blog..sesambil baca..mata saya tertumpu ke satu entry pasal Cikgu Shida..alaaa yang glemer miming kat youtube tu..teringin nak tau citer pasal dia..then saya pon baca blog dia..tak sangka yer sampaikan TV3, Kosmo semua nak wat liputan pasal dia..yerla..bukan senang nak dapat rating tinggi dlm youtube tu sampai beratus ribu org view..




Tak kurang jugak ada yang tak suka kat Cikgu Shida ni..lantak la dia kome..dia nak buat ape pon..janji dia bahagia dengan apa yang dia buat..takder mengaco idup kite pon..hehehhe
kengkadang tengok nak tergelak pon ada..klakor je..banyak btol masa dia kan? mungkin dia sorang yang pandai mambahagikan masa..sape tau..yelah dia dah teror wat movie maker tu..takder masalah la dia nak wat editing ape sume..kacang je..lain la kite yang tak reti ni terkial2 jugak jdnye..

so kalo yang nak jenguk ke blog dia..korang bleh klik URL ni  >>>>>>> http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com/

20 Tips Murah Rezeki



Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. Hehehe.. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Fikir-fikirkan lah..Dunia sudah ke penghujungnya

Salam, meh kita lihat tarikh2 dibawah ni..
 
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."


Tips bagi Ibu2 yang berkerjaya


Wanita yang bekerja merangkap isteri dan ibu sering kali berdepan dilema atau terdetik perasaan bersalah apabila tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama jika anak dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.

Meninggalkan anak hanya bersama dengan pengasuh sememangnya ingin dihindarkan tetapi sering kali wanita berkerjaya tiada pilihan kerana pekerjaan di pejabat pun mendesak untuk segera diselesaikan.

Hakikatnya, kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat wanita berkerjaya sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.

Bagaimanapun, usah berasa terlalu tertekan kerana ibu berkerjaya juga masih ada cara tertentu untuk berdamping dengan permata hatinya.

# Luangkan waktu sebelum anak tidur
Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur.
Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa lagi kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Cara begitu, anak anda pun mengerti bahawa meskipun ibunya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluannya diabaikan.

# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh
Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.

# Dahulukan keutamaan

Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.

# Komunikasi

Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekalipun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa saja yang dilakukan di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.

# Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan

Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit.
Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.


Sharing is Caring :)

Eksiden!!

Nak dijadikan cite petang semalam saya balik dari keje...dari Putrajaya ke KL perjalanan begitu lancar dan selesa..mulut bernyanyi-nyanyi riang..ape lagu yang kuar ikut sama menyanyi..sesekali tergelak dan tersenyum bila terdegar celoteh Dj Hot.fm

Elok je sampai di simpang selepas terowong depan Menara Tabung Haji tu..saye nak ke jalan Yap Kwan Seng..hati ni dah berkata2..rasa cam ada benda tak sedap nak jadi kat depan mata ni..tetiba..moto kat depan saya ke kanan jalan dan saya ke lorong yang betul nak ke Jalan Yap Kwan Seng..tetiba

Streeeeeeeeeeeeeeetttttt Kabboommm!!


2 bijik moto berlanggar..jd sebelah lorong saya je..saya tak sempat nak brek nak tlg org tu ke sebabnya takut kete blakang lak hantam saya..sempat tgk 2 org penunggang moto tu...sorang jatuh tergamam..sorang lagi sempat bangun sebab dia terpelanting ckit..then jatuh balik..ada kete waja berenti sebab dorang eksiden btol2 depan kete waja tu..mujur tak kena langgar..kete tu sempat benti..

Ya Allahh..kesiannye orang tu..saya sempat mengucap panjang dan beristighfar banyak2 sebab kejadian tu jadi depan mata saya..terus tetiba saya jd menggeletar..perut terus kecut tak semena2..sakit perut saya sebab jadi takut tgk eksiden td..saya bawak kete pelan2..nak jd trauma pon ade..hishh..mengucap dan istighfar banyak2 utk pulihkan semangat balik..

Kadang bila tgk kan penunggang motosikal kat KL ni mmg takut..kite yang naik kete takut ngan dorang..sebabnya suka mencilok2..bahaya lagi2 kalo jem..jalan jd sempit pon ada yang nak laju2..tu pon ada yang nasib tak baik kena side mirror kete pon dorang dah bleh jatuh..

Sesapa yang bawak moto kat bandar2 besar ni..jangan laju2..bahaya nak elak lubang pon dah bleh jatuh sebab tak stabil..ye la tayar dua..lain la kete tayar 4...hiahh Nauzubillahh..jauhilah dari malang tak berbau..Berhati2 di jalan raya.


* gambar pinjam kat abg G*

TAHNIAH Malaysia!!

Tahniah kepada pasukan bola sepak negara kerana berjaya menjuarai Perlawanan Bola Sepak Suzuki AFF di Indonesia semalam..


Memang cemas la kalo tengokkan dorang main..masing2 sengit..apa2 pon Malaysia menang agregat 4-2 alhamdulillahh..kerana mereka kita telah diberikan CUTI UMUM pada hari jumaat, esok ler..eii sonoknye..bleh balik kampung.

Tapi yang bestnya bila org bersorak gol tu..sume tempat bersorak..tak kira kedai makan, kedai baju, gerai kecik sume bersorak..kat umah saya lagi la..menjerit sana sini, dengar orang melompat2, rasa nak runtuh flat tu hahaha..

Lepas je diumumkan menang..ada yang naik kete, moto pusing2 KL sambil bersorak, kibarkan Jalur GEmilang dan bunyikan hon..meriah sangat..tetiba lak rasa semangat dalam diri tu ada..

Apa2 pon tahniah pasukan Harimau Malaya kerana harumkan nama Malaysia di mata dunia.



Pemain Malaysia meraikan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol awal ketika menentang Indonesia pada perlawan akhir kedua, Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini. Foto AP.

29 December 2010

Isteri Degil Tanda Suami Gagal

Assalamualaikum warahmatullah,

Para pengunjung blog tentu pernah membaca kisah2  dalam paper pon banyak menceritakan isteri curang kepada suami, isteri main kayu tiga dan macam2 lagi lah cerita2 sensasi rumahtangga sekarang. Suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. Kali ini saya kongsikan cerita2 yang saya baca melalui email kawan2. Meh kite chek kenapa isteri menjadi semakin degil.

Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tak  berapa kena!

 Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalkan kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘virus kawan’ ini. Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan barunye iaitu membeli belah dan berhutang dengan kawan2 hatta dengan  along demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.






Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.

Tanggungjawab bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.

Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa cemana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan rite?Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.

Wajib menasihati

Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati..kalo si isteri tersepak batu..batu yang dimarahkan... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat lagi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mengapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling berharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum  memukul tanpa mencederakannya.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”
Sentuhan jiwa

Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawab menasihati isteri?

Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”
Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.

Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.


 
Artikel ni saya olahkan sikit supaya korang semua dapat paham..skema btol kan ayat2nya..cam tgh bg ceramah plak..apa2pon  Sharing is caring..


Berjaga-jaga dengan Ubat2 dari Sumber Khinzir..


Salam maklumat kepada semua pengunjung blog ini hari ni rajin plak saya mengodek2 email yang lama2 dalam inbox saya..hopes ada yang bleh saya kongsikan utk kawan2 semua.terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah :

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) kedalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin.


Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611


10 Health Benefits of Eggs

Today, I want to share about egg..have 10 benefits.. ( cehh speaking la plak hihihi sekali sekala..)

1. Eggs are great for the eyes. According to one study, an egg a day may prevent macular degeneraton due to the carotenoid content, specifically lutein and zeaxanthin. Both nutrients are more readily available to our bodies from eggs than from other sources. 

2. In another study, researchers found that people who eat eggs every day lower their risk of developing cataracts, also because of the lutein and zeaxanthin in eggs.
 

3. One egg contains 6 grams of high-quality protein and all 9 essential amino acids



4. According to a study by the Harvard School of Public Health, there is no significant link between egg consumption and heart disease. In fact, according to one study, regular consumption of eggs may help prevent blood clots,stroke, and heart attacks.. 

5. They are a good source of choline. One egg yolk has about 300 micrograms of choline. Choline is an important nutrient that helps regulate the brain, nervous system, and cardiovascular system.
 

6. They contain the right kind of fat. One egg contains just 5 grams of fat and only 1.5 grams of that is saturated fat.
 






7. New research shows that, contrary to previous belief, moderate consumption of eggs does not have a negative impact on cholesterol. In fact, recent studies have shown that regular consumption of two eggs per day does not affect a person's lipid profile and may, in fact, improve it. Research suggests that it is saturated fat that raises cholesterol rather than dietary cholesterol.

8. Eggs are one of the only foods that contain naturally occurring vitamin D.

9. Eggs may prevent 
breast cancer. In one study, women who consumed at least 6 eggs per week lowered their risk of breast cancer by 44%.

10. Eggs promote healthy hair and nails because of their high sulphur content and wide array of vitamins and minerals. Many people find their hair growing faster after adding eggs to their diet, especially if they were previously deficient in foods containing sulphur or B12.



Sikit-sikit..lama-lama jadi...?

Kat umah saya kan ada satu habit suami saya ni dia mmg suka mengumpul barang..

nak tau barang ape? jap lagi saya tunjuk..saya tak kisah dia nak kumpul banyak2...nak wat koleksi

takpe..tapi bila setiap sudut pon ada..nak buang kang..kene marah plak..sayang plak nak buang sebab isinye

banyak lagi..haisshhh..

Kadang saya basuh baju pon terjumpa dalam mesin basuh sebab tak kuarkan dari dalam poket..dah rosak

dah tak bleh pakai..tapi kalo buang pon bagus gak..hihihi tapi nanti dia pegi beli baru ..sama jugak la..

NAK TAU BARANG APE??

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

JAWAPANNYE ADALAH : LIGHTER

tgk!! dalam kete saye pon ade...


ni pon ada lagi..ada 2 dah dlm kete saya..


ni plak yang saya kumpul2kan...ada lagi tu kat tempat lain...




KALO CAMNI SAYA DAH BLEH BUKA.....


KILANG LIGHTER



28 December 2010

Berjimba2 di Hari Ahad..

Kebetulan hari sabtu baru2 ni ramai sepupu sepapat sebelah asben datang umah..dorang mmg suka datang umah saye sebabnya umah saya tu kan tgh2 bandar..tempat bershopping..cumanya perlukan datang bawak duit banyak2..itu saja.

Pusing2 disekitar umah saya tu pon dah cukup membuatkan duit habih mengalir macam air terjun..mana tak nya..mula2 turun jer lift depan balai bomba dah cukup la..macam2 gerai tudung ada baju ada..pastu plak naik UO..then pegi plak Kamdar..baju murah2 kat sana2..lagi2 plak orang nak shopping utk anak nk skolah ni..

Pastu dorang ajak pegi kat Plaza GM? Korang penah dengar ke? ni la tempat2 orang beli secara borong..sape2 nak wat berniaga tu bleh la beli kat situ..contohnya cam keronsang , brooch, tudung,beg, jam, macam2 la ada gila dibuatnya..tapi dengan syarat kalo korang nak membeli disitu mestilah lebih dari 3 atau lebih dari 6..kalo korang beli 1 harga yang dia bagi untuk harga borong tu contohnya korang nak beli beg harga RM16 (harga borong) tapi kalo nak beli 1 je harga RM16 tadi korang kena tambah lg RM10 so harganya 1 = RM26. Beli banyak korang dapat harga murah...huiiii mmg rambang mata kalo tgk barang yang murah2 kat situ..dalam kepala terdetik nak wat bisnes kecil-kecilan..tapi semua tu perlukan modal..hurmm lain kali je la..padahal Plaza GM tu depan mata je..mengadap bilik tidur saye..

Beg ni harga dia RM13 kalo beli secara borong


sesapa mak andam? bleh la beli kat sini..org yg jual2 kat tepi kaki lima tu amik kat Plaza GM la agaknye ye..





tudiaaaa...



Model tudung menerangkan cara2 beli tudung dgn btol - Sis Hawadah aka Jijie



tudia handbeg..colourfull


kak pae n jijie sedang pilih2 tudung..ni suma sepupu asben saya


sampai bersila2 la nak pilih tudung Rozita Che Wan


pilih2..


dah letih nampaknya long siti kite..nengokkan aje deme milih tudung..hihihi

ni pulak bantal yang bleh ganti tungku tu..dalam dier ada air..



Sesapa nak datang..meh la datang umah saya sekali..saya bleh bawak korang sume ke situ utk menghabihkan duit yang ada..takpe saya rela jd tourist guide heheh

Petang tu pulak kami plan nak pegi main bowling kat Times Square..manusia di Times Square punyala ramaii...cam semut pon ade..kat tangga eskulator tu penuh sampai takder ruang..semua kedai ada sale..gile2 punya sale..huii kalo banyak duit mau rembat baju 5,6  helai..yela turun harga sampai RM10 pon ade..RM25 pon ada..sale sana sini..gila lah!

Kitorang main 2 set je sebab malam nnti ada perlawanan bola sepak piala Suzuki AFF tu..so tak bleh lelame..

Papepon seronok sekali sekala berkumpul sedara mara wat aktiviti camni kan? sesambil dapat kuarkan peluh dapat jugak eratkan tali persaudaraan..



Hikimie minum susu  ngan Alang sebabnya Ibu sibuk main bowling hehehe






Sepupu sepapat


ape bende yang ditengokkan tu


kak pae, kak yong n baby Qaira



saye, asben n kak pae

my asben wift anak kak yong


hoh! gaya2 seorang atlit..hahah

Hepi time!!







Mat Sab dengan skillnye..tp..masuk longkang..ahaha


Hakimie tgk yer Ibu ngan Baba main bowling..sok besar baru ibu ajar tau..


Time Square


pic nampak ketot akibat dirotate..hihi


Ayam Golek Mek Q

Sapa tau Ayam Golek Mek Q ni?? perghh kalo sebutkan ayam golek bermadu ni..teringat2 akan kesedapannya sehingga ke hari ni..Ayam Golek ni terletak belakang Angkasapuri dekat Kampung Pasir area2 Pantai Dalam sana nu..

Saya dah penah dengar pasal ayam golek sedap ni..tapi tak pernah nak singgah..satu hari kawan2 opis ajak gi makan kat situ..sanggup kitorang dari Putrajaya ke KL semata2 nak makan tengahari kat sana..mujur orang tak ramai sebab belum time gaji masa tu..Nahhh..sekali makan punya la sedap..rasa nak order lagi sekor...ahahah pastu balik je umah..terus cite ngan husband tentang kesedapan ayam golek ni...ingat satu hari nantu nak ajak pegi sana..asben cakap..takpela nnti dah gaji kite gi makan..

ini adalah seekor ayam okehh...terliur nengok lama2..

Nak dijadikan cite..hari Khamis lepas amik cuti sebab nak setelkan hal adik saya masuk belajar..hari tu pegi bank la kesana sini peginye..tengahari tu terus ajak asben lunch kat sana..orang punya la ramaiii..sampai kena Q tempat duduk..dalam 10-15 minit gak la tunggu meja kosong..siap kena Chup lagi meja tu takut org lain sambar..
tomyam campur yang sedap


Kitorang order ayam sekor, tomyam campur utk 2 org makan dan sayur kailan goreng ikan masin..itu jer..Dia punya tomyam mak aiiiiii terasa btoi..nak cuba?? pergilah sendiri kat sana..cite lebih2 kan ramai lak terliur..


jus buah..perghh mmg terangkat


Balik rumah adik saya dok menyebut2..'Along sedap btoi ayam td..rasa nak pi makan lagi..terasa2 btol kesedapan ayam tu..selalu beli kat pasar malam..tak sedap camnih..ni dah la ayamnye besor..puas hati..Harga sekor ayam dah siap masak RM19..ok la mmg berbaloi2 laa..harga 6 orang makan baru RM56  masa makan ngan kawan2 hari tu..tak mahal kan?kalo nak pegi makan kat sana..pegi dalam 3,4 org keatas..takut ayam yang korang order tu tak abis..sebabnye ayam tu tak bleh beli sebelah..kalo tak silap la...

ni masa makan ngan kawan2 hari tu


Sekarang asben saya pon dah promote kedai tu kat kawan2 dia..suma kata sedap..so anda bila lagi?? hehehe..

Commercial Break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...