10 December 2010

Kelip - Kelip Si Kunang-kunang

Salam all..


Satu petang masa nak balik keje biasa la..sambil drive mestila pasang radio untuk menghilangkan kebosanan..Stesen radio yang biasa saya buka tentunya Hot.fm..
Petang tu Dj ada bagitau fakta pasal kelip-kelip ni..


Tau tak kelip-kelip? alaaaa yang bontot dia ada lampu tuh..ehehe Tau tak ape fungsi lampu di bawah  bontotnye tuh? Lampu itu adalah bertujuan Kelip-kelip jantan mencari pasangan aka awek pada malam hari..Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama family kelip-kelip ni ialah Lampiridae. Terdapat lebih daripada 2000 spesis Lampyridae.


Ia boleh dijumpai di kawasan Tropika, kecuali kawasan padang pasir dan gunung. Bentuk badannya tajam dan berwarna perang tua apabila dilihat dari luar.
Namun demikian kelip-kelip yang menghasilkan cahaya hanya boleh dijumpai di India Timur dan Asia Tenggara, Filiphina dan Papua New Guinea. Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan. Iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Persamaan di antara pekan ini ialah, kedua-duanya terletak berhampiran dengan Sungai Selangor. Jangka hidup kelip-kelip di sini adalah lebih kurang 30 hari sahaja.


Serangga kelip-kelip yang dijumpai di Kuala Selangor adalah daripada spesis Pteroptyx Tener. Biasanya, ia dijumpai dalam bilangan yang banyak mencecah angka ribu.

Tahukah anda ? Kelip-kelip betina kurang keupayaan untuk terbang.
haaa..kalo manusia nak cari kekasih kena cari Torchlight la kot...hahahhaha

* sumber dari pakcik Gugel..*



2 comments:

thePhotocrhonix said...

salotape la mentol banyak2 kat badan.. haha.. nyala ka x, tatau la.. nak lagi best pakai lampu liplap.. warna warni gitu.. hehehe

hasleenda said...

hahahah try hang wat dulu nak tgk..

Commercial Break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...