Haaa haritu saya ada cite serba sedikit pasal kapal korek kan masa saya bercuti seminggu yang lepas awal januari hari tu..entry kali ni saya nak citer ckit mana datang asal usul kapal korek tu dan cemana bleh ada kat situ.
sumber 1 mengikut wikipedia :
Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan. Kapal korek digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah di Malaysia, pada satu masa dahulu. Ada beberapa skala kapal korek yang digunakan pada masa itu. Kapal korek yang paling besar di dunia ketika itu dikenali dengan Kapal 1. Ia hanya digunakan di beberapa lombong bijih di Tanjung Tualang, Negeri Perak. Ia lengkap dengan beberapa kemudahan seperti bilik rehat, dewan makan, surau, bilik mesyuarat dan bilik kawalan mutu. Ada juga kapal korek yang kecil iaitu Kapal 3 dan Kapal 5. Kapal 1 tu adalah kapal bijih yang mana kini telah pun tiada tinggalannya di Tanjung Tualang kerana pada tahun 1980 ia telah dibuka dan dileraikan serta dihantar ke Phuket, Thailand.Ia dihantar dengan cara dipasang dilaut dan ditarik pontoon dengan kapal tunda.
okeh tu cite dari wikipedia yang saya search dari Google..then jom kita search lagi
ni bahagian belakang kapal..dulu ada air..sekarang camni la rupa sekeliling dia..
sumber 2 : mengikut cerita dari Cari Malay Forum pulak mengatakan Muzium Kapal Korek tu akan ditutup lagi 6 bulan..entry tu dikuarkan dalam forum tgh taun 2009 maknanya..time saya pegi melawat dengan husband hari tu dah tutup la maknanya...patut la anjing jer yang jadi jaga..pastu plak anjing tu bleh wat tak tau jer ngan kitorang..takut jugak kalo dia kokaknye kaki kume..spital ler jawabnye..
ni signboardnye..
ni pic dari jauh ..nampak tak kapal tu senget..sebab tu dibiarkan kat situ jer.. |
ni dari dalam mungkin masa orang ramai bleh masuk( pic pnjam dari en.goog)
~ Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) mendakwa satu-satunya kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan.
org dulu2 pakai dulang jer ( pinjam pic google)
Satu-satunya kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja. Ia terletak di Tanjung Tualang, kira-kira 60 km dari Ipoh.
Ia mungkin pupus sekiranya dana tidak ada untuk memperbaiki pontun (platform terapung) pada kapal pengorek timah itu. Kapal itu yang dikenali sebagai 'T.T. No 5' telah senget 18 peratus ke arah air di sebelah kanan bahagian bawahnya. Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB), berkata kecondongan itu berlaku pada November tahun lalu. OCSB bertanggungjawab menguruskan kapal tersebut sebagai salah satu tarikan pelancongan.
"Bil elektrik untuk dua pam yang mengepam air keluar sudah mencecah RM1,800 sebulan sejak Disember.
"Sekiranya tiada usaha memperbaiki pontun yang menyokong pengorek timah itu, ia akan sekali gus tenggelam," kata Ng dalam satu temuramah.
Ng berkata negara ini akan kehilangan satu tarikan pelancong bahkan warisan sekiranya tiada usaha memulihara T.T. No 5.

Orang ramai juga berkemungkinan tidak berpeluang untuk melawat pengorek itu dan mempelajari sejarah Lembah Kinta.
"Lebih-lebih lagi, Lembah Kinta pernah menjadi daerah paling kaya dengan bijih timah di seluruh dunia pada suatu ketika," katanya.
Semasa zaman kegemilangan pelombongan timah di Perak, Ng berkata, terdapat 40 kapal pengorek timah yang beroperasi di Chemor, Ipoh, Gopeng, Batu Gajah, Papan, Tronoh dan Malim Nawar.
T.T. No 5 dibina pada 1938 oleh W.F. Payne & Sons untuk Pernas Chartered Management Sdn Bhd.
Pernah dimiliki Southern Malayan Tin Dredging (M) Sdn Bhd, kapal pengorek timah itu telah beroperasi mengorek timah di Lembah Kelang selama 44 tahun. Ia berhenti beroperasi pada 1983 ekoran kejatuhan industri pelombongan timah.

Orang ramai berpeluang melawat kapal itu sejak 1 Januari lalu selepas kerajaan negeri Perak membelanjakan lebih setengah juta ringgit untuk membangunkannya menjadi satu daya tarikan.
Ng mendakwa pengorek itu tidak mendapat sokongan promosi daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.
"Kami perlu membuat segala usaha promosi dengan inisiatif tersendiri. Kami mempunyai kira-kira 500 pelawat pada musim cuti sekolah pada bulan November dan Disember.
"Bagi lain-lain bulan, kami hanya mempunyai kira-kira 50 pelawat," katanya.
Untuk bayaran masuk, sebanyak RM5 dikenakan untuk orang dewasa manakala kanak-kanak, RM3. Bayaran masuk itu termasuk persembahan dan lawatan yang berpandukan pemandu pelancongan.
Kata Ng, lawatan sekarang dihadkan di bahagian bawah dek kapal atas faktor keselamatan.
"Kami berharap kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan warisan negeri itu (T. T. No 5).
"Ia akan memberikan imej yang negatif kepada negeri Perak sekiranya tragedi berlaku ketika melawat kapal pengorek timah tersebut," katanya.
Ng juga merayu bekas pelombong-pelombong timah agar tampil untuk menyelamatkan kapal tersebut.
Katanya, syarikat itu merancang untuk membina satu replika palung untuk menggambarkan bagaimana pelombongan timah dilaksanakan.
Palung ialah sejenis saluran panjang yang berpetak-petak tempat mengasingkan bijih daripada batu-batu dan lain-lain.
Ng memberitahu Osborne & Chappel telah menghantarkan satu kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memperbaiki pontun dan membiayai kerja-kerja penyelenggaraan yang bernilai RM360,000. ~ sumber Google

Saya teringin nak tau sejarah Kapal Korek ni bukan ape..selalu balik Kampung Gajah berpeluang tengok dari jauh jer..sekalinye baru2 ni berpeluang nak pegi tengok la kunun2nyer..sekali dah tutup..ingatkan jaga pegi rehat ke ape..tapi takkan la pukul 4 time tu baru nak makan kot....tapi tengokkan tempat tu bertutup dan nampak tak terjaga jer..so kitorang snap je gambar dari jauh..belakang kapal tu ada kawasan orang membela itik dan buat ladang tanam sayur-sayuran jer..Sayang kan..salah satu tarikan pelancong ke kawasan tu..tapi tak diusahakan mungkin atas sebab2 yang tertentu yang kita tak tau..Tapi tempat tu memang cantik la sebab berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa..
dapat snap dari jauh jer..
3 comments:
kapal tu buat muzium bijih timah lah...bijih timah pun g tak pernah tgk mcmana rupernya..hik2
jika Penjara Pudu pon depa robohkan, Pulau Jerjak (P.Pinang) pon depa kokak jd spa resort, apatah lagi kapalKorek ni. haih..
kementrian kebudayaan n komunikasi?? kementrian perlancongan??siapa yg perlu bertanggungjawab. sedeh =(
tu la..sepatutnya ada pihak berwajib yang pantau benda nih..benda bleh jadi tarikan pelancong dan bleh mendatangkan income kepada negara..apasalahnya kalo dijaga dan di usahakan..btol tak?
Post a Comment