20 January 2011

Ulat Sagu a.k.a Ulat Mulong..Kalau rasa udang..eloklah makan udang saja..

sedikit perkongsian. Mohon sebaran 
Saja nak kongsi dgn sahabat2 ye apa yang saya dapat dari email saya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3 dulu perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin" . 


Ulat Mulong 



Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. 



Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah  sini, segala macam ulat  dihukumkan haram memakannya. 



Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". 



korang sanggup ker makan weh?

huiii gemok2 ulatnye..huhuk


Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. 



Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah  hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445. 


Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:- Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia. 


Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. 


Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan  menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya 

 

seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang. 

2 comments:

Ogy said...

yaaa setuju! kalo dh rasa udang baik makan udang je...ai tak rela uu......

hasleenda said...

hihihih bagi saja takmauuuu...

Commercial Break!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...